Alhamdulillah

Assalamualaikum, bersyukur ku ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan hambamu bernyawa sehingga hari ini dan diberikan nikmat yang sempurna, Alhamdulillah J aku bersyukur kerana dikurniakan mak dan abah, tanpa mereka aku tidak akan dilahirkan di bumi ini. Kawan-kawan juga penting untuk sebab diaorang yang selalu beri bimbingan dan nasihat selain daripada mak abah. Diaorang la yang selalu berikan aku keyakinan dan kepercayaan kepada setiap perkara yang aku lakukan, terima kasih YA ALLAH.

Allah menguji hambanya kerana Allah yakin kita dapat menangani masalah tersebut, aku akan selalu ingat nasihat ni ‘Allah tak akan bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu’. Alhamdulillah aku dapat tangani masalah aku dengan hati yang tenang.

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)
Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :
Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)


Khabar gembira apabila diuji
RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)




No comments:

Post a Comment